B40 Group Charity Eye Cataract Surgery – Patient Testimonial

“Terima kasih Dr Wong Hon Seng dan staf OasisEye yang menyediakan rawatan yang menakjubkan. Saya bersyukur atas peluang yang diberikan kepada saya. Mereka sangat baik hati dan megambil sepenuh perhatian sepanjang prosedur pembedahan mata saya. Terima kasih atas perkhidmatan yang disediakan, saya mempunyai penglihatan yang lebih baik sekarang.”

Anjang Binti Hashim

Pesakit B40

80 Tahun

Katarak- Pembedahan pada mata kanan

B40 Group Charity Eye Cataract Surgery – Patient Testimonial

“Saya tak dapat nak terangkan dengan kata-kata betapa terujanya saya apabila saya dapat melihat dengan lebih jelas sekarang. Selepas sahaja Dr Kenneth memberitahu saya bahawa mereka ingin menjalankan pembedahan, saya berasa begitu gembira dan saya merasakan ini adalah peluang yang terbaik terutamanya apabila umur saya semakin meningkat. Terima kasih Dr Kenneth Fong dan staf OasisEye Specialists atas perkhidmatan yang baik.”

Mohd Hassan Bin Mohd Tahir

Pesakit B40

62 Tahun

Selaput Luar Mata- Pembedahan Mata Kanan

B40 Group Charity Eye Cataract Surgery – Patient Testimonial

“Pembedahan katarak ini tidak menyakitkan dan sangat mudah. Saya pasti akan mengesyorkan OasisEye Specialists kepada sesiapa yang bertanyakan kepada saya tentang pembedahan katarak, dan saya bersyukur atas peluang untuk melakukan pembedahan ini. Prosedur di sini begitu pantas dan cekap. Terima kasih kepada Dr Tai Lai Yong dan semua staf OasisEye Specialists atas peluang ini.”

Zainuddin Bin Mat Nor

Pesakit B40

77 Tahun

Katarak- Pembedahan Mata Kiri

B40 Group Charity Eye Cataract Surgery – Patient Testimonial

“Saya telah menghidap kencing manis selama 10 tahun dan ia membuatkan saya tidak berapa jelas untuk melihat. Selepas melakukan kan pembedahan saya berasa begitu lega kerana dapat melihat dengan lebih jelas. Saya amat berterima kasih kepada pihak OasisEye Specialists dan Dr Vanitha yang telah menjalankan pembedahan dengan jayanya kepada kedua-dua belah mata saya.”

Fatimah Binti Yeop Mokhtar

Pesakit B40

72 Tahun

Katarak- Pembedahan Kedua-dua Mata