Newsroom

Rawat Rabun: Kembalikan Penglihatan Sihat

Masalah kesihatan mata seperti rabun kini mempunyai penyelesaiannya. Terdapat beberapa jenis rabun yang sering dialami oleh manusia di seluruh dunia, seperti rabun jauh, rabun silau, rabun dekat, dan rabun tua. Dengan kemajuan teknologi terkini, masalah rabun dapat dirawat untuk mengembalikan penglihatan yang jelas seperti sediakala.

Salah satu penyelesaian bagi pemakai cermin mata adalah ‘laser vision correction,’ atau lebih dikenali sebagai LASIK. Selain itu, terdapat juga pilihan lain seperti TransPRK, FemtoLASIK, SMILE pro, dan ICL.

TransPRK, FemtoLASIK, dan SMILE pro menggunakan teknologi laser pada kornea, manakala ICL melibatkan pengimplanan kanta Collamer ke dalam mata untuk memperbaiki penglihatan.

Lekangan Retina: Perampas Cahaya

Kadar rabun jauh yang tinggi adalah salah satu faktor risiko untuk berlakunya lekangan retina. Menurut Dr. Wilson dalam segmen Helo Doktor di TV3, kadar pesakit yang mengalami lekangan retina di seluruh dunia adalah 0.00012%. Namun, risiko ini meningkat dengan adanya faktor-faktor seperti rabun jauh yang tinggi, kecederaan pada mata, pembedahan mata yang rumit, alahan mata, dan faktor usia.

Floaters atau bintik-bintik hitam yang kelihatan dalam penglihatan merupakan salah satu tanda-tanda awal lekangan retina. Namun begitu, terdapat juga pesakit yang tidak mengalami sebarang simptom meskipun menghadapi masalah lekangan retina, walaupun keadaan tubuh badan mereka kelihatan sihat.

Diabetes & Kesihatan Mata

Diabetes dan kesihatan mata adalah dua aspek yang saling berkaitan. Tidak ramai yang menyangka mata yang sihat boleh terjejas akibat diabetes. Penyakit ini dikenali sebagai retinopati diabetes. Menurut Dr. Wanni dalam program temubual bersama Bernama Radio untuk segmen Solusi Sihat, retinopati diabetes pada peringkat awal sering kali tidak menunjukkan sebarang simptom. Namun, apabila kadar gula dalam darah tidak terkawal, saluran darah di retina boleh membengkak dan bocor, menyebabkan tompok-tompok pendarahan. Sekiranya pendarahan berlaku di bahagian luar, ia boleh menyumbat saluran air mata, meningkatkan tekanan dalam mata dan akhirnya membawa kepada glaukoma.

Dr. Diymitra menegaskan bahawa pesakit diabetes perlu menjalani saringan mata sekurang-kurangnya sekali setahun. Retinopati diabetes boleh dirawat dengan syarat pesakit mengamalkan gaya hidup sihat serta mengehadkan pengambilan gula ke tahap minimum.

Miopia: Rabun Dalam Kalangan Kanak-Kanak

Faktor genetik dan gaya hidup adalah antara faktor utama peningkatan miopia pada zaman sekarang. Miopia atau rabun jauh dapat dikawal melalui penggunaan cermin mata khas. Menurut Dr. Norazah dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O, terdapat cermin mata khas yang boleh membantu mengawal kadar peningkatan rabun dalam kalangan kanak-kanak.

Kadar rabun jauh yang tinggi boleh meningkatkan risiko penyakit seperti glaukoma, katarak, dan myopic macular degeneration. Kanak-kanak yang mempunyai rabun jauh tetapi tidak memakai cermin mata berisiko mendapat masalah lain seperti mata malas atau amblyopia.

Untuk ibu bapa yang mempunyai anak memakai cermin mata, anda disarankan membawa anak anda menjalani pemeriksaan mata setiap 6 bulan sekali

Kawal Penggunaan Gajet Sebelum Jadi Bahana

Penggunaan gajet seperti telefon pintar, tablet, dan komputer secara berlebihan dalam kalangan kanak-kanak boleh memberikan pelbagai kesan negatif terhadap kehidupan mereka. Menurut Dr. Norazah dalam temu bual bersama Buletin TV9, ibu bapa disarankan untuk membawa anak-anak menjalani saringan penglihatan di kedai cermin mata seawal usia 4 tahun. Sekiranya didapati memerlukan cermin mata, penggunaan awal dapat membantu mencegah masalah penglihatan daripada menjadi lebih serius.

Di samping itu, tumpuan berlebihan terhadap skrin dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan mata kering, yang sering mendorong kanak-kanak untuk menggosok mata. Jika keadaan rabun menjadi terlalu tinggi, terdapat risiko komplikasi seperti glaukoma, lekangan retina, dan degenerasi makula.

Newspaper Feature

Good lighting for healthy eyes

Proper desk lighting is crucial for children’s eye health, reducing the risk of myopia, eye strain, and discomfort. Good lighting supports focus and promotes good posture during study sessions. Dr Sunder says to The Star “parents should limit their kids’

Read More »

Jalani saringan awal, elak dapat Glaukoma tahap teruk

Pengesanan awal glaukoma adalah penting untuk mencegah kehilangan penglihatan kekal. Dr. Amir Samsudin, pakar glaukoma dari OasisEye Specialists, menegaskan bahawa walaupun glaukoma tidak dapat disembuhkan, saringan awal dapat melambatkan perkembangan penyakit dan memanjangkan jangka hayat penglihatan. Glaukoma sering berpunca daripada

Read More »

Too much screen time

Dr. Manoharan Shunmugam mentioned to The Star “Reading, or doing anything at an excessively close range for extended periods of time, especially when you are at a young age (below 12) has been shown to cause myopia, and poor lighting

Read More »

Screen time and childhood eye health

Prolonged screen time and reduced outdoor activities are contributing to the rise of myopia in children. Dr. Manoharan Shunmugam speaks to New Straits Times highlighted that “uncorrected refractive errors are critical to address as they frequently affect children, who do

Read More »

Paediatrics and screening – an eye on the future

Uncorrected refractive errors are a major cause of visual impairment among children, with sustained near-work and digital screen exposure linked to myopia progression. Regular pediatric eye screenings are crucial, starting from newborns to pre-school and beyond. Early detection and management

Read More »