OasisEye Specialists

Katarak

Katarak (cataract dalam bahasa Inggeris), atau juga dikenali sebagai selaput dalam adalah sejenis penyakit mata yang menyebabkan penglihatan menjadi kabur. Ianya terjadi apabila kanta semulajadi mata yang jernih bertukar menjadi keruh sehingga cahaya tidak dapat menembusnya dengan sempurna. Antara faktor utama terjadinya katarak adalah seperti proses penuaan, kecederaan mata, penyakit-penyakit seperti kencing manis (diabetes) dan penggunaan ubat steroid untuk jangka masa panjang. Katarak lebih kerap berlaku dalam kalangan orang dewasa yang berusia, namun ia juga boleh berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan ia dikenali sebagai katarak kongenital.

Tanda & gejala

  • Penglihatan kabur tanpa rasa sakit
  • Kesukaran memandu terutamanya pada waktu malam
  • Warna kelihatan pudar atau perubahan persepsi warna
  • Kerap menukar preskripsi cermin mata
  • Silau (lampu kereta, cahaya lampu atau cahaya matahari kelihatan sangat terang)
    Penglihatan berganda pada sebelah mata (monocular diplopia)

Rawatan

Katarak boleh menganggu aktiviti harian dan menyebabkan kebutaan jika tidak dirawat. Sehingga kini tiada lagi rawatan berasaskan ubatan-ubatan yang boleh menyembuhkan katarak. Satu-satunya rawatan katarak yang berkesan adalah pembedahan. Sekiranya penglihatan cukup baik dengan menukar preskripsi cermin mata, pembedahan tidak perlu dilakukan untuk sementara waktu. Pembedahan hanya dijalankan di wad rawatan harian yang mana pesakit tidak perlu bermalam di hospital. Semasa pembedahan katarak, kanta mata yang keruh dikeluarkan dari mata dan akan digantikan dengan kanta implan intraokular (IOL) yang kekal.

Kanta intraokular (IOL)

Kanta intraokular (IOL) adalah kanta prostetik atau kanta tiruan yang digunakan untuk menggantikan kanta semula jadi yang sudah keruh semasa pembedahan katarak. Selepas implantasi kanta intraokular (IOL) ke dalam mata, ia kekal dan tidak perlu ditukar seumur hidup. Katarak tidak akan terjadi ke atas kanta intraokular (IOL). Terdapat beberapa jenis kanta yang boleh diimplan ke dalam mata semasa pembedahan. Jenis kanta yang sesuai untuk setiap orang mungkin berbeza mengikut keadaan mata yang dibedah, dan keperluan penglihatan pesakit, dan perlu dibincang bersama pakar mata masing-masing. Berikut adalah pilihan kanta IOL yang boleh digunakan untuk pembedahan katarak.[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_column_text]

  1. Kanta Monofokal – menawarkan penglihatan yang baik untuk jarak jauh tetapi cermin mata diperlukan untuk membaca jarak dekat.
  2. Kanta Multifokal – menawarkan penglihatan yang baik untuk jarak jauh dan dekat.
  3. Kanta Torik – menawarkan penglihatan yang baik untuk jarak jauh dan pembetulan masalah rabun silau

Langkah-langkah yang boleh diambil untuk memperlahankan pembentukan katarak adalah:

  1. Pakai cermin mata hitam yang mempunyai perlindungan daripada cahaya UV (UV400)
  2. Amalan pemakanan yang seimbang
  3. Senaman fizikal yang berkala
  4. Elakkan merokok
  5. Elakkan penggunaan ubatan steroid tanpa pengawasan daripada doktor

Sesiapa yang menetap di Cheras, Kepong, Petaling Jaya, Puchong dan Shah Alam boleh berkunjung ke pusat kami untuk mendapat pemeriksaan mata yang menyeluruh dan nasihat daripada pakar mata kami.